Latihan Sangkutan Staf

PENGENALAN

Sangkutan di industri/NGO/Agensi Kerajaan adalah satu bentuk skim latihan bagi kakitangan akademik bertujuan bagi memberi pendedahan industri kepada kakitangan akademik menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mengikuti perkembangan semasa teknologi terkini supaya dapat menjalankan tugas pengajaran dan penyelidikan yang lebih berkesan serta menepati kehendak industri dan semasa.

OBJEKTIF

  1. Mendedahkan pegawai kepada keperluan dan operasi suatu organisasi/industri atau bentuk perniagaan yang boleh dilaksanakan dalam sistem pengajaran kepada pelajar USIM.
  2. Bertujuan untuk membangunkan bahan atau kajian kes yang relevan dengan pengajaran dan penyelidikan.
  3. Bertujuan untuk menghasilkan sebuah produk yang sangat inovatif atau modul yang boleh dikongsi bersama dalam hubungan universiti-industri mahupun komuniti.
  4. Memupuk semangat kerja berpasukan (budaya keserakanan) dan perhubungan baik antara pegawai dan pekerja industri.
  5. Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengetahuan teori dan praktikal seterusnya meningkatkan kualiti profesionalisme di kalangan staf akademik USIM.
  6. Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar.
  7. Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran terutamanya bagi meningkatkan mutu P&P USIM.
  8. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pegawai lain setelah tamat latihan.

 

myGovernment MOHE MSC MAMPU JPA
PSPTN
MQA JOM MASUK U myIdeas

    PUSAT HUBUNGAN INDUSTRI DAN PENGKOMERSIALAN (PHIP)
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-798 8051 / 8078  |  Faks: 06-798 6291
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. | Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 

 

 

|    Dasar Privasi   |   Dasar Keselamatan   |   Team Webmaster    |     Login Webmaster    |    Bil. Pelawat : Visitor Counter  | Tarikh Kemaskini: 24 September 2014